Recommended Links

KUALA BESUT: PKR TUDUH PAS HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!!


Dah berapa dah puak - puak PKR ni nak memalukan diri mereka sendiri dihadapan khalayak ramai? Tak cukup ke Ketua Penipu tu menunjukkan Kemaluan dia depan orang?

Sebelum ini SH dah buat cadangan supaya Pakatan tidak menurunkan waima seorang joke calon bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut.

Cadangan tu dibuat memandangkan pendirian Pakatan sebelum ini yang jelas menolak ketelusan SPR dan ketidak-yakinan mereka untuk menawan kawasan Kuala Besut tu.

Kalau dah diorang tak yakin dengan SPR, tak payah la nak bertanding. Dah tak yakin, untuk apa diorang nak menghabiskan masa tak tentu arah?

Kalau setakat diorang nak bertanding hanya untuk memburukkan lagi SPR, apa gunanya? Tak mendatangkan sebarang faedah lansung. Sebaliknya diorang sendiri yang malu.

Kot sekarang ni joke diorang sepatutnya dah malu dengan diri sendiri. Belum apa - apa lagi, diorang dah mula beramuk dan berebut kerusi sesama sendiri.

Tapi dok tuduh kata SPR ni tak adil dan tak telus. Macam la sesama diorang tu adil dan telus sangat. Nak bahagikan kerusi joke masih jugak nak berebut. Sepakat la sangat.

Sekarang pun, PKR dah mula menunjukkan belang diorang dan nak merampas kawasan PAS. Pun diorang ada hati lagi nak mempertikaikan kredibiliti SPR?

Tak cukup dengan itu. PKR siap tuduh pulak PAS ni pentingkan dir! i sendir i dalam menentukan calon di kawasan Kuala Besut tu.

Bagi mereka, PAS telah mengenepikan semangat dalam Pakatan dan lebih mengutamakan parti sendiri dengan membuat keputusan sendiri.

Hah! Kan nampak sangat yang puak - puak Pakatan Haramjadah ni sebenarnya hanya menipu rakyat dan bermain wayang je. Cakap je diorang ni bersepakat. Tapi hakikatnya?

Sudah la!!! Kalau setakat cakap je berdegar - degar kat atas pentas dan menuduh orang tanpa bukti yang kukuh, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je. Yang kesiannya, pencacai diorang jugak. Habis semua bau hancing kena kencing!!!
DUNGUN Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya Pas sebagai rakan dalam PR tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Besut yang kini kosong.

Beliau dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian berkata, kerusi Dun Kuala Besut yang kini kosong berikutan kematian wakil rakyatnya sepatutnya menjadi milik PKR untuk menggantikan tiga kerusi Dun, masing-masing Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir yang difahamkan diambil Pas pada PRU13.

Beliau berkata, kali ini Pas seharusnya memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya berikutan dalam PRU13 baru-baru ini PKR telah memberi laluan kepada Pas biarpun tiga kerusi Dun berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR.

Comments