Recommended Links

Omegay: Majlis Syura TEMPER..pecat Ust Nasha sebab berani melawan!


Nasha Tidak Perlu Bela Diri - Majlis Syura PAS

PETALING JAYA: Pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS dibuat mengikut prosedur berdasarkan pertimbangan 'teknikal' tertentu.

Justeru Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, badan tertinggi parti itu tidak perlu mendapatkan penjelasan atau surat tunjuk sebab daripada Nasharudin sebelum pengguguran dibuat.

Malah Nik Zawawi berkata, Nasharudin tidak perlu membela diri kerana Majlis Syura Ulama PAS mempunyai pertimbangan yang kukuh berdasarkan 'kaedah teknikal' yang diamalkan parti itu.

"Tak payah...tak payah surat tunjuk sebab atau bela diri semua tu. Kita ada cara tersendiri. Ada kaedah teknikal yang kita buat sebelum keputusan diambil," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang mempersoalkan proses penggugurannya daripada Majlis Syura Ulama PAS yang didakwa tidak mengikut prosedur yang betul.

Ahli Parlimen Bachok dan bekas Timbalan Presiden PAS itu turut mengakui tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab serta mendakwa tidak dimaklumkan melalui surat rasmi, panggilan telefon atau sistem khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung penggugurannya.

Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat thirteen Januari lalu menggugurkan Nasharudin daripada jawatannya selaku ahli majlis itu dengan alasan beliau gagal memberikan komitmen termasuk tidak menghadiri banyak mesyuarat.

Mengulas lanjut Nik Zawawi berkata, pihaknya sudah mengeluarkan surat pemberitahuan pengguguran daripada jawatan kepada Nasharudin dalam tempoh seminggu selepas keputusan dibuat.

"Kita sudah kirimkan surat berdaftar kepada Nasharudin berhubung perkara ini...mungkin lambat sampai," katanya.

Selain itu Nik Zawawi turut menegur Nasharudin agar menghormati dan tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat itu.

"Sepatutnya Nasharudin tidak perlu persoalkan, dia pernah ada di dalam (Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat), jadi dia patut tahu," katanya lagi. - mstar

kehkehkeh tak kire ler sama ada mangkuk2 majlis syura ada kirim surat pemecatan kepada ust nasha atau tak tapi maruah majlis syura dah setaraf majlis pencacai pengangkat najis dap!..majlis syura cuba berselindung berhubung pemecatan ust nasha dengan mengaitkan aspek teknikal atau majlis syura sedar mereka dah silap langkah kerana membiarkan isu kalimah di permainkan oleh dap dan pkr lantas diorang yang terpaksa menanggung kemaluan yang teramat sangat!

majlis syura pas boleh di anggap sebagai majlis CAT versi dap. selalu bikin flip wave dalam membuat sebarang keputusan. motif pemecatan ust nasha lebih berupa kepada dendam di sebabkan beliau lebih tegas mempertahankan kalimah allah dari terus di lacur berbanding ahli2 majlis yang lain huhuhu

jadi tak perlu ler majlis syura bersusah payah nak baiki labu sebab labu pas semua dah membusuk sampai ke tulang! >XD


Comments