Recommended Links

DIDAKWA MABUK DAN AMBIK DADAH???


Oleh kerana mempunyai penampilan agresif dan gila-gila, satu-satunya penyanyi wanita di dalam kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimie dituduh berada di bawah pengaruh luar.

Malah, dia juga dituduh ting-tong kerana berkelakuan seperti orang tidak normal dalam sebuah majlis hiburan, baru-baru ini.

Maka apabila melihat keadaan Mimie ketika itu, ramai yang membuat spekulasi yang dia mengambil alkohol, dadah dan macam-macam tohmahan lain.

Menjawab mengenai isu tersebut, Mimie menjelaskan dia hanya mampu tergelak dengan gosip yang timbul.

Malah, kawan-kawan yang mengenalinya juga ketawa sama apabila mendengar tuduhan itu.

Saya normal okey! Apa yang lebih mengejutkan ada yang melabel saya dengan perkataan ting tong. Apa tu? Saya okey saja masa hal tu berlaku.

Saya dijemput untuk buat persembahan bersama kumpulan O.N.E. Tak ada apa yang aneh pun. Jadi apa masalahnya?

"Lagu yang kami nyanyikan lagu Anak Kampung. Semua orang tahu lagu tu lagu rancak, tak akanlah saya nak kaku di atas pentas?

Kalau nak sentuh bab menari, saya memang agresif. Sebagaimana saya buat persembahan di mana-mana tempat lain, macam itu jugalah saya ketika di atas pentas.

Jadi apa yang tak kenanya?, katanya yang dipetik dari Malaysiandigest, hari ini.Tambahnya, kalau orang nak berkata pasal karekternya, dia memang seo! rang yan g happy go lucky.

Buat apa saya nak plastik dan hipokrit, depan orang saya buat-buat sopan, di belakang saya jadi agresif. Itu seperti saya menipu diri sendiri.

Tapi terus-terang, saya tak marah joke benda macam ni terjadi sebab saya tahu, bila orang tak kenal saya maka inilah jadinya, katanya. - seterusnya...

Ps: Ala... sedangkan Si Ostazah Pening tu joke tak de ambik apa - apa jugak. Tapi dia pening semacam je. Kalah orang mabuk pulak dah dibuatnya!!!

Comments