Recommended Links

BOMOH PAKAI PISTOL???


Hek eleh!!! Apa barang jadi bomoh kalau terpaksa jugak guna pistol. Tak kelas la 'Bomoh' la beb. Bomoh ni kan biasanya ada jampi serapah.

Hah! Kenapa dia tak guna je jampi serapah dia tu sebagai senjata? Kenapa nak jugak dia guna pistol? Huh! Memang memalukan betul la.

Kot ye pun nak kaya, cari la cara lain. Jangan la guna kaedah khurafat macam ni. Buat malu kat orang je beb. Mana nak sorok muka?

Oh ye. Korang nak dengar cerita pemimpin Pakatan mana yang mintak duit pampasan untuk batalkan ceramah dia? Nanti SH cerita ek. Tunggu!!!
Jasin: Seorang bomoh yang disyaki terbabit dalam ajaran sesat 'Panji Langit' dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki senjata api tiruan dan senjata berbahaya di sekitar daerah ini, tiga minggu lalu.
Mohd Jaffar Robani, 46, dari Asahan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu dan memohon dibicarakan.
Terdahulu, tertuduh yang berpakaian gelap dan berkopiah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff.


Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu twenty-nine pedang, eleven parang, tiga pisau graviti dan sebilah lembing di sebuah rumah di Kampung Chabau di sini, kira-kira jam 4.30 petang, 5 Januari lau.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 7(1)! (a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Jaffar didakwa turut memiliki empat pistol tiruan dan selaras senapang tiruan di sebuah rumah di kampung sama, kira-kira jam 5.30 petang, 7 Januari lalu.


Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjatapi 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof manakala tertuduh diwakili peguam bela Suhaidi Zakaria.

Comments