Recommended Links

BANGGA DIGOSIP DENGAN RAMAI PEREMPUAN???


Main kayu tiga. Ada perempuan simpanan. Ada skandal dengan seorang artis dan paling tidak disangka dia pernah didakwa mengajak artis tersebut membuat hubungan seks.



Itu antara gosip panas serta kontroversi yang pernah menghimpit pelakon prolifik, Fauzi Nawawi.



Menyedari dirinya cukup sinonim dengan cerita punya hubungan dengan wanita lain, suami kepada aktres Lisdawati ini berkata dia sudah lali dengan gosip-gosip sebegitu. Malah dia mengakui merasa bangga apabila selalu dikaitkan dengan perempuan.



"Isu ada perempuan lain ni bukan baru bagi saya. Daripada sejak mula-mula kahwin sampai sekarang kami dah enam tahun jadi suami isteri. Saya dah lali. Kalau cerita bab perempuan lain, saya tak akan layan. Lisda joke dah tak nak dengar dah.



"Saya bangga sebenarnya bila dikaitkan dengan perempuan. Iya lah dalam usia yang mencecah 40-an ni, dah ada anak-anak, ada lagi cerita-cerita saya dengan perempuan itu dan ini.



"Terus terang, dalam Facebook saya kalau ada 100 orang, 70 daripada mereka adalah perempuan. Samalah di Twitter pun, majoritinya perempuan.



"Saya memang suka melayan peminat saya. Bagi saya mereka adalah penentu arah kerjaya saya. Anak-anak saya joke terdiri daripada empat orang perempuan.



"Tapi saya akui bila timbul kontroversi m! acam tu (ada hubungan dengan perempuan lain), ia memang memalukan", kata Fauzi Nawawi kepada malaysiandigest.com.



Fauzi yang turut bersama Lisdawati ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaru barang kemas Pandora keluaran Habib Jewels sempena Hari Valentine di Ampang Point, semalam.



Ps: Ala, standard la beb kalau lelaki kena gosip dengan pompuan ni. Nak heran apa. Nama joke lelaki.

Memang la jadi rebutan perempuan.Tapi kalau mamat kat bawah ni ye pelik sikit. Sebab dia bukan saja digosip dengan pompuan je. Dengan lelaki joke sama jugak. Pun dia tak sedar diri jugak!!! - Seterusnya...


Comments