Recommended Links

TEKS PERUTUSAN PERDANA MENTERI SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU 2013


Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Rakyat Malaysia Sekalian,

1. Alhamdullilah, beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru 2013.Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana kita akan menyambut tahunbaru ini dengan berlatarbelakangkan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telahkita tempa dengan berkat usaha bersama di sepanjang Tahun 2012.

2. Tahun 2012 telah menyaksikan tamatnya fasa pertama PrakarsaTransformasi yang melibatkan lapangan Kerajaan, Ekonomi dan Politik. Kesaninisiatif ini amat postif. Di peringkat antarabangsa misalnya, angka tunjuknegara dalam pelbagai bidang telah meningkat secara yang membanggakan. LaporanBank Dunia, Doing Business 2013 misalnya, telah meletakkan Malaysia sebagainegara ke-12 paling mudah berurus niaga di dunia manakala laporan WorldCompetitiveness Yearbook 2012 telah menempatkan Malaysia sebagai negara ke-14paling berdaya saing di dunia.

Rakyat Malaysia Yang DiKasihi,

3. Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk Tahun 2013, sertadalam rangka membina kejayaan yang berterusan, kita perlu mengambil iktibar danpengajaran dari pengalaman yang lalu. Apa yang baik dan telah terbukti berjayaperlulah kita teruskan dan tambahbaik dengan segala kelemahan yang ada dibaiki.Sementara apa yang terbukti gagal patut ditamatkan dan diambil teladandaripadanya. Untuk ! menerusk an usaha bagi memastikan wawasan nasional Malaysiasebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai, kita perlumembina di atas asas yang telahpun diletakkan melalui lembayung DasarTransformasi Nasional.

4. Bagi Tahun 2013, kita perlu meneruskan bulletin nasional bagi mengukuhkanperpaduan Kebangsaan yang merupakan teras kelangsungan negara denganberpandukan Falsafah 1Malaysia ''Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan''.

5. Kedua, meneruskan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengansistem jaringan keselamatan sosial di mana setiap rakyat Malaysia yangmemerlukan bantuan akan memperolehnya, di mana bantuan kebajikan dan subsidiadalah disasarkan kepada yang benar-benar memerlukan dan diperkukuhkan lagidengan jaringan kebajikan institusi keluarga, korporat dan keagamaan.

6. Ketiga, meningkatkan kemakmuran negara dengan memastikan pertumbuhanekonomi yang mapan, kesihatan fiskal dan merangsang sistem pergerakan sosialyang bertunjangkan harapan, di mana pencapaian seseorang individu hanya dihadkanoleh daya imaginasi, daya keusahawanan dan sejauh mana kesanggupan individuberkenaan untuk bekerja keras, di mana kreativiti, inovasi dan kesanggupanmengambil risiko akan mendatangkan laba yang lumayan.

7. Keempat, untuk memastikan Malaysia akan menjadi tempat terbaik untukmembina sebuah kehidupan. Tempat terbaik untuk berkeluarga dan membesarkan kanak-kanak, sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang, sistem keluargayang kukuh, kejiranan dan jalan yang selamat dari jenayah, alam sekitar yanglestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistemperkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkemampuan.

Rakyat Malaysia Yang DiHormati,

! 8. Saya yakin dan percaya bahawa fajar kejayaan akan sentiasa menyinariMalaysia dan kehidupan rakyatnya. InsyaAllah, dengan perancangan yang rapi sertateliti, dan pelaksanaan yang berkesan, hari ini akan lebih baik dari harisemalam dan hari esok akan menjanjikan kemungkinan yang berterusan.


9. Marilah kita tanyakan diri kita apakah yang mampu kita lakukan untukmenentukan apa yang kita dambakan, apa yang kita impikan mampu tercapai. Tidakada istilah sumbangan kecil atau besar, yang ada hanyalah kesanggupan melakukansesuatu. Negara memerlukan tuan-tuan dan puan-puan. Marilah bersama-sama sayauntuk menjadikan impian kita ini suatu realiti. Berdirilah di sisi saya untukkita bersama-sama menentukan kejayaan, bergeraklah dan bekerjalah bersama-samasaya untuk melakar sebuah masa depan yang terbaik, untuk negara dan anak-anakkita.

10. Saya dan kerajaan hari ini tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysiadengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu tuan-tuan danpuan-puan sekalian. Berikanlah kami mandat yang jelas dan kami berjanji akanmenggunakan kepercayaan tuan-tuan dan puan-puan itu dengan sebaik-baiknya bagimembina sebuah Malaysia untuk semua. Selama inipun, telah terbukti kami menepatisegala janji dan komitmen yang diberi.

Rakyat Malaysia Sekalian,

11. Masa depan negara dan anak-anak kita adalah terlalu penting untukdipertaruhkan mahupun untuk dijadikan bahan eksperimen. Membina sebuah negarayang berjaya memerlukan usaha yang berterusan dengan hala tuju yang jelas.Meruntuhkan sebuah negara pula hanya memerlukan masa yang pendek namun kesannyaberpanjangan. Di tangan kitalah terletak keputusan bagaimana masa depan negarahendak dicorakkan, ke mana Malaysia hendak di bawa. Bapa-bapa dan ibu-! ibupenga sas negara telah mengemudi Malaysia ke mercu jaya dengan keringat, air matadan darah. Hari ini tanggungjawab terletak pula di bahu kita. Sama ada Malaysiaterus mara ke hadapan atau berundur.

12. Malaysia sesungguhnya ialah sebuah negara di mana peluang,tanggungjawab, kemakmuran dan nilai murni dikongsi bersama oleh warga yangmajmuk, dipenuhi jutaan peluang di sebalik pelbagai kemungkinan yang terbentang.Kemungkinan itu suatu rahmat. Kemungkinan itu asas aspirasi. Saya menyeru untukkita bersama-sama mencorakkan dalam merealisasikan destini Malaysia munculsebagai sebuah kemungkinan yang terus menyinar.

13. Akhir kata, saya mendoakan agar Tahun 2013 ini menjanjikan kerahmatankepada semua rakyat Malaysia.

Selamat Tahun Baru 2013.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

** Bezanya dengan perutusan Anwar..penuh dengan fitnah dan janji-janji manis...

-- BERNAMA

Comments