Recommended Links

DAH BAGI PELUANG, DIORANG CUAK PULAK!!!


Memang sah macam Gampang Style. Keadaan puak - puak Parti Angguk Saja tu sekarang nampak gayanya sudah semakin terdesak dengan permainan Politik diorang sendiri.

Sebelum ini, Si Hadi Awang tu mintak untuk muncul didalam televisyen bagi menjelaskan mengenai isu berkaitan dengan amanat yang dia buat pada tahun 1980an dulu.

Tujuan dia ialah untuk memancing pihak media dan menjadikan ianya alat dalam bulletin Politik mereka. Diorang ingat Kerajaan takkan bagi peluang gamaknya.

Sekali, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan keluarkan kenyataan yang benar - benar membuatkan diorang terbelit dan tergamam.

Sekarang, mula la diorang buat spekulasi yang bukan - bukan. Macam - macam la dakwaan yang dilemparkan terhadap jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Rais Yatim tu.

Kononnya, dakwaan mereka, penjelasan yang hendak diberikan perlu disiarkan secara lansung dan bukannya dirakam terlebih dahulu.
KUALA LUMPUR: Pimpinan kanan PAS memperlekehkan tindakan kerajaan menyahut cabaran presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk muncul di televisyen bagi memberikan penjelasan berhubung isu 'mengkafirkan Umno'.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Hadi akan diberikan ruang itu tetapi beliau (Hadi) perlu bersetuju untuk diajukan persoalan oleh pakar-pakar mengenai amanat kontroversi itu.
!
Rais berkata program itu juga akan dirakam dan dinilai kesesuaiannya untuk ditayang kepada umum.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad membayangkan PAS akan menolak tawaran itu kerana mahukan Hadi memberi penjelasan menerusi TV secara langsung dan tanpa disoal balas oleh mana-mana pihak.
Nah!!! Alasan tu jelas menunjukkan yang PAS ni dah cuak!!! Diorang dah terperangkap dalam jerat yang diorang pasang sendiri dan jadi mangsa permainan Politik diorang buat.

Itu hakikatnya dan ianya tak perlu lagi untuk dipertikaikan. Benda tu memang cukup nyata dan cukup jelas untuk rakyat sendiri menilai.

Mana tidaknya. Kalau Si Hadi Awang tu betul - betul nak jelaskan perkara tersebut, dia bukan tak ada cara lain. Banyak lagi cara dia boleh buat.

Sedangkan masa dia keluarkan amanat tu dulu joke bukannya guna televisyen. Dia buat ucapan dan ianya ditulis menjadi risalah.

Jadi, kenapa pulak penjelasan ni kena disiarkan dalam televisyen dan disiarkan secara lansung? Nak pulak bagi siaran RTM. Bukan ke diorang dah haramkan RTM tu?

Kalau dah Haram, kenapa pulak diorang yang beria - ia nak muncul di kaca televisyen tu? Takkan la sebab Hadi Awang tu nak sangat muncul dalam Tv, benda macam tu boleh jadi Halal pulak kot? Agak - agak la kalau nak menipu pun!!!

Comments