Recommended Links

SAYANGKAN SUAMI, KENA TINGGAL JUGAK!!!


Pelakon berusia twenty-six tahun itu harus menjalani penggambaran play terbaru, Julia, di Seoul, Korea, di mana perjanjian dibuat bersama penerbit lebih awal.

Izreen bersama pelakon Julia, Nabila Huda dan Iqram Dinzly berlepas ke Seoul pada 1 Sep dan kembali ke tanah air pada 14 Sep lalu.


Kata Izreen, hanya Allah tahu betapa berat hatinya untuk meninggalkan Riza, tambahan pula mengikut perancangan awal, suaminya turut sama mengikuti rombongan produksi Julia ke sana.




Pada mulanya memang kami merancang bersama ke sana dan menganggap ia sebagai hadiah bulan madu kami. Bagaimanapun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terbang seorang.



Waktu sama, Riza mendapat tawaran menjadi jurukamera telefilem dan dia pula mula bekerja pada 2 September. Waktu itu, saya berasa terkilan kerana tidak dapat membawa suami bersama saya.

Meroyan jugalah saya sekejap. Riza pula cuba menerima tawaran yang datang dan mula bekerja lebih awal kerana mahu menghilangkan rasa sedih. Apabila masing-masing berada di lokasi, perasaan rindu tidak terasa sangat, katanya.

Sepanjang dua minggu di sana, kata Izreen, hanya telefon menjadi saluran untuk melepaskan perasaan rindu dan tidak kisah menghabiskan belanja tinggi untuk berkomunikasi dengan suami tersayang.

Bayangkan, di sana kami hanya boleh bercakap secara langsung. Untuk menggunak! an media sosial peribadi dan mendapatkan frekuensi komunikasi tanpa wayar seperti wifi juga perlu dibayar.

Saya habis hingga mencecah empat angka. Waktu itu duit jatuh soal kedua, yang penting saya dapat bercakap dengan suami untuk melepaskan rindu, katanya.

Manisnya pengalaman menjadi pengantin baru, sebaik menjejakkan kaki ke tanah air, Izreen terus melaksanakan tugasnya sebagai isteri dengan memasak hidangan kegemaran suami.

Akui Izreen, hidup bujang jauh berbeza dengan berumahtangga. Jika dulu makan atau tidak, Izreen tidak kisah dan hanya fokus diri sendiri, tetapi sekarang tidak lagi.

Apa-apa perkara yang datang, saya harus utamakan suami. Disebabkan itu, pada malam saya pulang, terus saya masak kari seperti dipinta Riza.

Saya sedih sebab dari sana lagi mendengar keluhan suami yang terpaksa makan di kedai sepanjang ketiadaan saya.Sampai saja di rumah, saya tidak tunggu lama dan melunaskan impiannya mahu merasai masakan isteri, katanya.

Kata Izreen, dia berasa sangat gembira, apatah lagi keadaan sewaktu bercinta dan selepas berkahwin jauh berbeza. Katanya, setakat ini perjalanan hidup berumahtangga dilaluinya baik dan tiada masalah dan kerjaya seni juga lancar.

Alhamdulillah, selepas kahwin, rezeki bertambah murah. Sebaik selesai penggambaran play Julia, saya sibuk menjayakan play bersiri Cinta Kasih yang bakal ditayangkan di slot Lestari di TV3.

Menariknya, untuk play ini saya dapat bekerja dengan suami. Ini kali kedua kami kerja bersama. Kali pertama sewaktu menjayakan play Tentang Dhia dan waktu itu cinta kami mula bersemi, katanya.


Comments