Recommended Links

PRODUKSI MANA YANG NAK AMBIK MINAH NI BERLAKON!!!


Hah!!! Ada sesiapa yang berani nak mengaku kata diorang upah minah ni berlakon untuk diorang? Apa diorang dah lupa ke dengan tindakan biadap minah ni hari tu?

Tolong la!!! Cari la pelakon lain yang perangainya elok sikit. Kalau setakat Si Agnes Monica tu tahan jugak. Tapi kalau Si Minah ni, tak payah la!!! Dia bukannya hebat sangat pun berlakon. Setakat body je cantik, tapi perangai tak semengah buat apa!!!
Dalam keadaan industri filem Malaysia yang semakin tidak menentu hari ini, masih ada pihak yang berani mempertaruhkan wang mereka dengan membawa masuk nama besar untuk produk mereka.
Takper lah. Siapa tahu regulation ini boleh pancing penonton kembali membelanjakan RM10 untuk menonton wayang.
Di dalam blog hiburan Rotikaya hari ini ada menyebut, sebuah produksi filem tanah air dikhabarkan sudah melamar seorang penyanyi popular negara seberang, Agnes Monica untuk membintangi sebuah filem aksi terbitan mereka.

Dan dengar-dengar penyanyi yang hits dengan lagu Matahari itu sudah pun bersetuju untuk berlakon dalam sebuah filem tersebut

Produksi yang sama juga dikatakan kini sedang mengintai peluang untuk turut membawa penyanyi dangdut yang sering mencetuskan kontroversi atau senang kata, dia juga dikenali sebagai simbol seks Indonesia, Julia Perez ke Malaysia untuk membintangi sebuah filem terbitan mereka.

Kalaulah apa yang kami dengar ini benar belaka, bak kata seorang teman, Presiden Seniman, Zed Zaidi sudah boleh memikirkan perkara ini beserta hujahnya.

Comments