Recommended Links

BR1M 2.0 DUIT HARAM JUGAK KE WOI!!!


Agak - agak korang, apa lagi promotion yang akan digunakan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu untuk terus memburuk - burukkan Kerajaan ni ye?

Kalau dulu, beria - ia diorang hasut rakyat dengan mengatakan kononnya duit Bantuan Rakyat 1Malaysia ni Haram sebab duit rasuah.

Tapi, dalam masa yang sama, diorang jugak merupakan diantara orang pertama yang pergi mendaftarkan diri untuk ambik duit tu di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bila dah kantoi, pandai pulak diorang bagi alasan yang bukan - bukan. Setakat terima tapi tak cakap apa - apa tu tahan jugak. Yang dah terima joke dok bercerita buruk, apa kes?

Macam Yang DiPertua PAS Bentong hari tu la. Kalau depan ahli, bukan main lagi bercerita pasal Haram ambik duit tu. Nak pulak kalau depan Pak Berahim. Tapi dibelakang, duit tu jugak yang disebatnya. Itulah Haramjadah namanya!!!
KUALA LUMPUR: Kriteria Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperluaskan lagi kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan.

BR1M 2.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 sebentar tadi melibatkan peruntukan berjumlah RM3 bilion dan akan mula dibayar awal tahun depan.

Menurut Najib bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang di negara ini.

Katanya, bagi memudahkan pelak! sanaan i tu, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulaiNovember ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

"Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab danmampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," kata beliau ketika membacakan teks ucapan.

Bantuan terbaru itu susulan BR1M inisiatif kerajaan sebelum ini yang sejumlah RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah membabitkanperuntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion.

Comments