Recommended Links

BILA MAHFUZ BEAN BERCERITA TENTANG PILIHAN RAYA KAMPUS!!!


Nak berguling - guling rasanya tergelak bila baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Mahfuz Bean ni. Dia ni memang boleh jadi Maharaja Lawak.

Semalam di lobi Parlimen, dia bertemu dengan wartawan dan bercerita mengenai Pilihan Raya Kampus yang diadakan baru - baru ni.

Dia mendesak agar Pilihan Raya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan pemilihan semula dan jawatankuasanya ditukar.

Menurut Mahfuz, mereka yang terlibat sebelum ini dikatakan tidak layak untuk mengendalikan pemilihan tersebut akibat kegagalan sistem e-undi.
KUALA LUMPUR: Pembangkang menyifatkan pembatalan keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuktikan jawatankuasa menguruskan pilihan raya univerisiti itu sebagai gagal menjalankan tugas.
Justeru Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mendesak PRK UIAM yang akan diadakan semula pada 2 Oktober ini dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa baru.
Dalam pelaksanaan PRK baru-baru ini, mereka harus berundur....dan bukan mereka lagi yang mengetuai SPR di peringkat PRK di UIA 2 Oktober ini.
Tetapi bagi saya, saya tidak bersetuju selagi mana mereka tidak menjelaskan apa masalah yang wujud pada sistem e-undi yang dilaksanakan baru-baru ini, katanya.
Yang sebenarnya bukan sebab kegagalan e-undi tu sangat joke yang menjadi pertikaian diorang ni. Tapi sebaliknya keGAGALan Pro-Mahasewel t! u mengua sai UIAM.

Tapi, apa yang kelakarnya ialah apabila Si Mahfuz yang GAGAL dalam SRP tu bercerita pasal Pilihan Raya Universiti sebab dia sendiri joke tak pernah jejak kaki ke sana.

Jadi, macam mana dia boleh tau perjalanan Pilihan Raya tersebut sedangkan dia sendiri joke tak pernah terlibat? Kalau dia pernah terlibat, tahan la jugak.

Umpama orang yang tak pandai pasal enjin, tapi sibuk nak jadi mekanik. Nak sangat tunjuk pandai sedangkan diri sendiri joke tak lulus SRP. Lagi dia nak komplen pasal Pilihan Raya Kampus ke? Sedar la diri tu sikit Mahfuz oi!!!

Comments