Recommended Links

BAB MUASYARAH PUN PAS TAK AJAR KE???


Kalau tengok gaya, bukan main lagi dok bagi nasihat kat orang lain. Tapi dalam masa yang sama, diri sendiri joke tak ternasihat jugak rupanya.

Mana tidaknya, dah asyik sangat bersyarah ke sana ke mari sampai adakalanya dia jadi lupa diri. Mungkin sebab itulah dia tak faham apa maksud Muasyarah ni. Jadi, adalah lebih baik muhasabah diri sendiri dulu. Jangan sibuk nak bersyarah kepada orang lain je kerjanya!!!
SHAH ALAM:Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 Sep tahun lalu.
Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas fifteen hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.
Mereka juga telah melakukan perbuatan muasyarah iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.
Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah.
Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka di sini pada Khamis.
Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan.
! "W alaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini.
"Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau joke tidak," ujarnya.
Sehubungan itu katanya, kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).

Comments