Recommended Links

ARTIS MANA PULAK YANG BESAR KEPALA NI!!!



TAK faham sungguh CAK dengan insan seni yang anginnya sekejap naik sekejap turun. Lebih-lebih lagi yang berangin satu badan itu besar namanya dan dipuja ramai.

Kalau anginnya okay, semua berjalan lancar tetapi jika mood kurang baik, segala-galanya serba tak kena. CAK terkilan dengan sikap artis ini apabila melepaskan rasa serba tidak kena kepada orang lain.


Sudahlah datang lambat, anginnya pula kurang baik. Ketika disolek, dia menegur sentuhan jurusolek. Itu tak kena, ini tak kena.

Biru jugalah jurusolek profesional itu apabila hasil sentuhannya dipertikai. Kononnya, solekan itu tidak sesuai dengan wajahnya, walhal cantik saja teman CAK tengok.



Memang kenalah solekan itu dengan konsep acara pada hari itu. Sudahnya, jurusolek profesional itu joke tak kuasa nak melayan kerenah artis ini.


Apa yang artis ini mahu, diikutkan saja walaupun sebenarnya dia boleh berikan sentuhan lebih menawan. Nanti kalau pandai-pandai kena marah pula. Jadi daripada keadaan semakin panas, ada baiknya dia angguk saja apa yang artis itu cakap.



Nak dijadikan cerita, kerenah artis itu turut disaksikan penggiat seni yang berada di tempat itu. Masing-masing menggeleng kepala tanda tidak sangka itu warna sebenar artis yang luarannya nampak lembut dan sopan.




Bila teman CAK menyelidik kenapa artis ini nampak tidak selesa hingga tergamak melepaskan kata-! kata yan g mengguris hati orang lain, dengan bersahaja dia cakap hari itu emosinya tak berapa elok.

Aik, boleh pula macam tu? Kot iya joke ada letih atau ada masalah, jangan sesekali lepaskan emosi pada orang lain. Itu tak profesional namanya. Sepatutnya apabila popular, artis ini kena lebih menjaga perlakuan dan kata-kata.


Kena ambil kira perasaan orang lain, jangan main lepas cakap saja. Bimbang nanti orang hilang hormat dan menyampah untuk berurusan dengannya lagi.



Lagipun, apa yang mengganggu emosinya bukan berpunca daripada orang lain, tetapi kerana diri sendiri.

Ps: Perangai artis ni lebih kurang la dengan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Hakikatnya, diorang yang buat banyak masalah.

Tapi, diorang bukannya nak mengaku pun. Kalau mengaku salah, banyak pulak masalah lain yang timbul. Jadi sebab itu la diorang suka tuduh orang lain. Itu je la kerja diorang pun. Suka menyusahkan orang!!!

Comments