Recommended Links

ZARINA KASI WARNING - I KNOW WHAT U DID THAT NIGHT!!!


Fuh!!! Ayat tak ubah macam tajuk filem. Ini dah kes berat ni. Siap bagi amaran lagi. Bahaya jugak budak Zarina Anjoulie ni rupanya ye. Meh baca sikit cerita dia:
Zarina Anjoulie atau nama barunya, Zarina Lavocah sememangnya tidak lekang dari kontroversi yang panas-panas, dari satu kisah ke satu kisah yang lain.


Terbaru, tiada angin tiada ribut, Zarina telah mendakwa penyanyi Singapura yang baru menetap di Malaysia, Aliff Aziz telah melakukan sesuatu .Ia dinyatakan di laman Twitter miliknya.

Dalam chatter tersebut, pelakon wanita itu mengucapkan terima kasih di atas penipuan yang telah dilakukan oleh Aliff terhadap dirinya.

Malah, Zarina juga meminta Aliff tampil memohon maaf kepada dirinya secara peribadi dan mengatakan pihak media pastinya ingin tahu apa yang telah berlaku.


Persoalannya, apakah yang telah Aliff lakukan terhadap dirinya?Memang sudah menjadi tradisi dalam industri seni untuk setiap artis menggunakan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk mereka meluahkan apa sahaja termasuklah kata-kata kesat, kemarahan, makian dan sebagainya.


Bagaimanapun, terpulang untuk peminat-peminat memberikan andaian sendiri tentang kesahihan berita itu memandangkan pihak Aliff seperti tidak ambil pusing kisah dakwaan tersebut.


Apa-apa pun, hanya Zarina dan Aliff Aziz sahaja yang tahu kisah sebenar mengenai apa yang berlakupada malam itu! - Sumber
Ps: Buat Si Ketua Penipu dan konco - konco tu joke sepatutnya diberi amaran yang sama. We know what you did. Jangan ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat.

Lepas satu - satu isu dia tak dapat jelaskan kepada rakyat. Konon nak memperjuangkan rakyat la sangat. Tapi maruah diri dan keluarga joke GAGAL dia nak pertahankan. Macam mana dia nak pertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara!!!

Comments