Recommended Links

TERKINI : KENYATAAN TIMB. PENGARAH JAIP MEMBUATKAN BADRUL AMIN MEROYAN???



Sebelum ini setiausaha sengal PKR ada mengeluarkan kenyataan supaya pihak JAIP menyiasat kes khalwat ustaz kesayangan Anwar dengan cara profesional...nak profesional macam mana lagi...tak kan ustaz tak tau yang pasangan bukan muhrim duduk didalam sebuah bilik yang tertutup salah walaupun tak buat apa apa...itu kata ustaz la..tapi perbuatan itu boleh mendatangkan fitnah...dengan isteri orang pula tu..

Agak agak la kalau nak tolong pun..jangan ingat rakyat bodoh dan tak reti nak menilai mana yang betul dan mana yang salah...sepatutnya ustaz favourite tu kena hantar balik perempuan tu ke pangkuan suaminya...paling tidak joke hantar balik kepada ibubapanya...bukannya menyewa bilik untuk perempuan itu...nak jadi favourite joke agak agak laa...

Tak payah la ambik cuti sebulan..ambik cuti terus dan balik indon..buat malu orang Islam je..nama je ustaz tapi nafsu mengalahkan...sekurang kurangnya orang di indon tak tahu cerita memalukan ini..senang la nak bergerak..tak la malu sangat..EP harap lepas ni ustaz Badrul Amin ni tak bagi ceramah ceramah agama di mana mana tempat pun..buat malu kaum je..cakap pasal agama tapi kantoi khalwat...hahaha..

Ikuti penjelasan Timbalan Pengarah JAIP mengenai penangkapan ustaz Badrul Amin di Pahang...

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat semalam bahawa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz menegaskan, tindakan tersebut dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke road house itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.
"JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap kedua-dua individu terbabit.

"Lagipun sebarang tangkapan dibuat atas aduan orang ramai. Perkara seperti merancang atau komplot tidak pernah terjadi dalam tangkapan sebelum ini kerana JAIP mempunyai prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri di sebuah road house di Balok semalam.

Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini.

Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguatkuasa JAIP yang datang ke bilik road house itu kira-kira pukul 3 pagi.

Mohd. Ghazali berkata, panggilan yang dibuat oleh orang ramai diibaratkan seperti menghubungi bomba jika berlaku kebakaran atau kecemasan.

"Begitu juga dengan JAIP jika dihubungi orang ramai sekiranya terdapat kes khalwat, kami akan bertindak atas aduan itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, JAIP akan memanggil semula Badrulamin yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri di sebuah road house di sini semalam.

Katanya, pemimpin dan wanita itu dijangka hadir ke pejabat JAIP kira-kira pukul 9 pagi esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

"Ia adalah prosedur biasa bagi memudahkan kelancaran pihak kami menjalankan siasatan kes tersebut," katanya.

Mohd. Ghazali berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Comments