Recommended Links

TERKINI : BADRUL AMIN JADI MANGSA UNTUK ANWAR HAPUSKAN UNDANG UNDANG LIWAT...??

Menarik..pandangan puak-puak pakatan haram mengenai isu khalwat ustaz Badrul Amin..cuba lihat bagaimana mereka kaitkan isu khalwat Badrul Amin dengan undang-undang yang Anwar kata kuno...Anwar dalam kenyataannya bertekad untuk menghapuskan undang-undang lapuk dahulu, zaman untuk rakyat mengambil tahu apa yang berlaku di dalam bilik tidur orang sudah berlalu.


Adakah Badrul Amin merupakan mangsa Anwar bagi merealisasikan impiannya untuk menghapuskan undan-undang yang kononnyadigunakan untuk menjahanamkan karier politik seseorang..


PKR adalah sebuah parti dengan beratus ribu ahli yang menganggotainya. Setiap satu dengan karekter dan masalah yang tertentu juga, mana mungkin pucuk pimpinan mampu nak mengawal satu persatu masalah ahlinya.

Begitu juga halnya dengan kes khalwat dengan isteri orang yang dikaitkan dengan Ketua Ranting PKR Sabak Bernam, Dr. Badrul Amin.

Sementara pertikaian mengenai kebenaran kes tersebut masih belum ditentukan, adalah penting untuk semua ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat tidak gelabah dengan berita ini, sebaliknya membiarkan proses yang sepatutnya berjalan.

Lagipun isu ini terlalu remeh untuk dipolitikkan. Soal khalwat, bukannya soal zina. Pengertian mengenai khalwat itu jelas, berdua-duaan ditempat sunyi sehingga boleh menimbulkan syak. Sudah ramai yang terperangkap dalam isu sama sebelum ini dan akhirnya didapati tidak bersalah seperti dalam kes melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mat Sab! u pada 1 995.

Inilah yang disebutkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berjanji akan menghapuskan undang-undang lapuk yang boleh digunakan untuk menjahanamkan karier politik seseorang, penulis yakin, undang-undang membabitkan khalwat ini juga tidak terkecuali.

Pemimpin politik memang mempunyai jadual harian yang sibuk dan pembantu yang ramai. Ada masa dan ketika, urusan itu melajak sehingga ke tengah malam atau awal pagi. Itu tidak bermaksud ada hal-hal yang tidak diingin berlaku di antara pasangan yang terlibat.

Menjadi persoalan juga, kenapa dalam banyak-banyak bangunan road house di Kuantan, hanya road house yang diketahui didiami pemimpin PKR yang terbabit dengan module Temurapat Pemimpin PKR itu juga yang menjadi sasaran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)?

Apa pun, penulis ingin menegaskan disini, dihadapan kita menanti banyak masalah rasuah dan penyelewengan oleh kerajaan yang lebih memerlukan perhatian dan tindakan segera rakyat. Itu lebih penting daripada membuang masa bergosip dengan kes terpencil sebegini.

Ini juga yang pernah disebutkan Anwar dalam kenyataannya untuk menghapuskan undang-undang lapuk dahulu, zaman untuk rakyat mengambil tahu apa yang berlaku di dalam bilik tidur orang sudah berlalu. Apatah lagi bila pasangan yang ditangkap bersama Badrul Amin ini dikatakan mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses bercerai.SPR

Comments