Recommended Links

TERKINI!!! BADIGOL MAIN BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN!!!


Ini info terkini yang diterima. Awal pagi tadi, Si Badigol Main Al - Khalwati yang kena tangkap berkhalwat dengan isteri orang tu bakal dikenakan tindakan.

Dari sumber yang Semut terima, suami kepada wanita tersebut tetap mahu mendakwa Si Badigol tu dimahkamah syariah.

Ianya berikutan kegagalan Si Badigol tu menjelaskan kenapa isterinya berada dalam bilik dia sendiri, bukannya dalam bilik lain.

Sebelum ini, Si Badigol tu kata dia nak daftarkan wanita tersebut dalam satu bilik lain. Tetapi, persoalannya, kenapa dia ajak perempuan tu masuk bilik dia dulu?

Kenapa dia tak boleh suruh wanita tersebut tunggu di lobi sementara dia daftarkan bilik lain di kaunter pendaftaran?

Dalam perkembangan terkini juga, pihak Jabatan Agama Islam Pahang turut menafikan bahawa tangkapan dibuat adalah satu perancangan semata - mata.

Jadi, memang sah la Si Badigol tu dah buat benda tak senonoh. Nak cover malu punya pasal, kata nak bagi kaunseling kononnya.

Tapi apa nak heran ye tak. Dia joke dah dapat restu nak bagi kaunseling tu dalam bilik road house dia sendiri oleh Si Imam Mahdi dia. Janji tak buat ditempat awam. Kan itu jugak pesanan Si Ketua Penipu tu sebelum ni. Si Badigol tu hanya menurut perintah!!!
Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menafikan dakwaan penangkapan Dr Badrolamin Bahron sengaja dirancang penguatkuasanya.
!

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai.
Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot, katanya.
Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke road house itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.
Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan.
Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.
"Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya.

Comments