Recommended Links

SUAMI NADIA MUSTAFAR DI BELASAH 20 ORANG ???



ini baru betul.tak macam ostad Badrul Amin yang spin kononnya kena belasah belasah 20 orang kat hotel.akhirnya pengawal tu kata tiada kelibat 20 orang datang kat hotel.kan malu !!! kita baca kisah yang menyayat hati seorang penerbit filem yang kena belasah kerana Rokok.

Penerbit filem,Hazil Izham Ismail,patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri akibat dipukul sekumpulan 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail,awal pagi kelmarin.Hazil yang juga suami kepada pelakon Nadia Mustafar,diserang kumpulan yang dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana mereka dikatakan berselisih faham mengenai zon larangan merokok.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu,Hazil mendakwa baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat kru penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran.

Menurutnya,mereka kemudian didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada kru penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum berlaku pertengkaran.


Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul kru saya yang lain.Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya, katanya yang kini dirawat di sebuah sanatorium pakar di Bangsar.
Hazil berkata,dia hanya mampu m! enutup m uka dan kepala menggunakan tangan sehinggalah dibawa pulang ke rumah oleh kru penerbitannya sebelum isteri membawa ke hospital.

Menurutnya,dia tidak mengetahui motif sebenar kejadian berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

Hazil berkata,dia mengalami patah tulang pipi kanan dan terseliuh di bahu kiri selain perlu melakukan pemeriksaan lanjut di kepalanya.

Sumber MM

Comments