Recommended Links

SKRIP FILEM KHAWAT KENA CURI!!!


Seingat Semut, dulu dah ada cerita yang bertajuk 'Khalwat' ni. Cuma tinggal lagi, watak dan pelakonya sahaja yang berubah.

Lokasi pengambaran dulu di Kelantan. Sekarang di Kuantan. Dulu dengan isteri orang, sekarang joke dengan isteri orang. Tapi dulu watak utama komunis, sekarang Ustaz.

Berikut antara penjelasan yang diberikan oleh pelakon yang melakonkan watak Ustaz dalam filem terbaru bertajuk 'Khalwat' ni:
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.


Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada twenty-four Februari sehingga twenty-six Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.



Pada petang twenty-four Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.



Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasan! gan suam i isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.



Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Kot ye joke nak bagi tazkirah, menda jadahnya dia buat pukul 2 pagi!!! Nak bagi alasan pun, biar la yang munasabah!!! Jangan la buat kerja yang bukan - bukan!!! Apa, dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke!!!

Comments