Recommended Links

SI BADROL TERDESAK JUAL NAMA TENGKU MAHKOTA!!!


Kalau Semut kata yang Si Badrol ni manusia bangsat, dah tentu puak - puak Pakatan Pembangkang tu akan marah. Tapi, nak buat macam mana. Dah dia memang bangsat.

Dalam pada itu juga, dia turut mempergunakan nama Tengku Mahkota Pahang untuk menyelesaikan masalah dia.

Kononnya, Si Badrol ni mendakwa, YM Tengku Mahkota berkemungkinan akan turut campur tangan dalam kes ini nanti.
Dia juga turut menyatakan bahawa YM Tengku Mahkota Pahang kenal dia secara peribadi. Sebab itulah YM Tengku hantar 'Orang Kanan Baginda' untuk bertemu dengannya.
Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron mendakwa, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Katanya, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya.

"Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," kata Badrulamin.
Padahal TM tak de kena mengena joke da! lam isu ni. Entiti diantara JAIP dan MUIP jelas berbeza. Jelas Si Badrol tu buat sebab dia dah terdesak dan dia tak tahu pasal benda ni.

Itu semua dia buat untuk menampakkan yang dia turut dapat sokongan dari pihak Istana. Maka, dengan tak segan silunya dia mempergunakan nama orang lain.

Nampak sangat la yang Si Badrol ni dah semakin terdesak sehingga sanggup mempergunakan orang lain demi kepentingan dirinya sendiri.

Bukan ke sebelum ini dia kata yang dia sanggup menghadapi masalah ini secara bersendirian dan tak perlu nak menyusahkan orang lain?

Memang sah la Si Badrol ni dah semakin terhimpit sampai nama YM Tengku Mahkota joke sanggup dipergunakan demi kepentingan diri dia sendiri.

Bila dah terdesak macam ni, nak pulak dia mintak tolong dengan pihak Istana. Dulu masa bantah keputusan Baginda Sultan Perak dan Selangor, menda yang dia buat?

Ada dia bantah tindakan orang yang berguling atas jalan, menghalang kereta Sultan dan buat bantahan secara terang - terangan? Tak de pulak!!! Jadi jangan la nak menipu rakyat!!!

Si Badrol ni kena ingat. Dia sendiri yang cari penyakit, jangan nak libatkan orang lain pulak!!! Sendiri bikin, sendiri tanggung la brader!!!

Comments