Recommended Links

Selepas Selamatkan Bini Orang, Badrulamin Rela Undur Untuk Selamatkan Perjuangan PKR

Gambar Badrul Amin, Isteri Tua Dan Isteri Orang Di JAIP Siang Tadi

Badrulamin tak perlu meraih simpati dari orang ramai dengan menuduh ini semua perangkap dari Umno... tunggu saja gambar atau video yang dirakam pihak JAIP ketika membuat serbuan. Takkanlah tergamak suami kepada wanita yang dipercayai berkhalwat tersebut menerima wang rasuah dari Umno untuk memerangkap Badrulamin! Hebat betul drama Perjuangan PKR!

Dibawah petikan dari Bernama...

Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas.

Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa joke dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri, katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Dr. Badrulamin berkata, cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.

Terdahulu, Dr. Badrulamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad S! azali Ab dul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd. Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak JAIP.

Sementara itu, wanita yang dipercayai berkhalwat dengan Dr. Badrulamin tiba di pejabat JAIP pada pukul 3.05 petang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Alza ditemani seorang lelaki dan seorang wanita.

Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat JAIP pukul 6.20 petang.

Dr. Badrulamin berkata, beliau mengenali wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan keluarga wanita itu pernah mengerjakan umrah bersama-sama.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Dr. Badrulamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.

Comments