Recommended Links

HOT : MESTI MAT SABU MENGAMUK BILA TAHU PERKARA INI...


Nampaknya parasit yg dimaksudkan Dr Hasan Ali telah mula menonjolkan diri tanpa segan silu..Kenapa PAS terhegeh-hegeh nak buka jawatan tersebut pada orang bukan Islam?? ada permintaan ke?? atau ini semua permainan DAP supaya perjuangan Islam dalam PAS dilihat lebih terbuka dan liberal..baru boleh dapat undi cina dan letak calon cina...

Macam mana nak letak orang bukan Islam pegang jawatan ni sedangkan yang orang Islam pegang joke perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam huru hara..Inikan pula bukan Islam...bertambah hancurlah perjuangan Islam nampaknya..Apa apa joke EP sokong cadangan yang dibawa oleh Dr Dzulkefly....menarik...

Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Namun jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kata putus akhir hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas.

Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam, katanya! pada Wa cana Sinar Siri Ke-11 di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.

Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.

Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, Dzulkefly berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.

Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan, katanya.

Comments