Recommended Links

HOT : BUKTI PEMBANGKANG DAH HABIS MODAL...



Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas pakatan pembangkang PKR-DAP-Pas yang seringkali menuduh Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

Beliau berkata, BN dan UMNO merupakan pertubuhan politik yang berlandaskan prinsip perjuangan yang betul dan tidak melakukan pelbagai perkara yang dituduh oleh pakatan pembangkang.

"Ini memang sengaja diada-adakan untuk menunjukkan kononnya BN dan UMNO adalah pertubuhan yang tidak baik, katanya secara ringkas kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata, demikian sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kononnya Umno dan Perkasa bertanggungjawab terhadap kekacauan yang berlaku semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang Ahad lepas.

"Mereka ini tak habis-habis nak salahkan kita. Kekecohan ketika ceramah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) di Sembrong joke dia tuduh kita. Orang kena tangkap khalwat joke salahkan kita. Semuanya nak salahkan kita. Apa kena mengena semua itu dengan kita?, katanya. BERNAMA

Comments