Recommended Links

HASRAT ABBY FANA BUKAN UNTUK PAS!!!


Macam yang Semut pernah cerita sebelum ini. Dalam kepala orang ni tak de lain yang dapat diorang fikir. Asal pakai tudung je nak masuk PAS.

Tak boleh ke kalau diorang pakai tudung kerana dapat hidayah dari Allah S.W.T? Takkan sebab nak masuk PAS je diorang kena pakai tudung?

Inilah yang orang kata pemikiran jumud dikalangan ahli - ahli PAS ni. Bila cakap pasal orang lain, bukan categorical lagi diorang tuduh macam - macam.

Nasib baik la pengacara radio Sinar FM ni tak dikaitkan dengan isu nak masuk PAS semata - mata kerana dia pakai tudung. Hasrat dia nak pakai tudung tu sebab dia nak berubah. Bukan macam Si Bob Lokman tu. Baru dapat hidayah, dah nak riak tak tentu arah!!!
KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Sinar FM, Abby Fana menolak tuduhan kononnya khidmat beliau sebagai perantara Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 ditamatkan apabila beliau membuat keputusan memakai tudung selepas mengerjakan Haji pada November tahun lalu.
Abby atau nama sebenarnya Habsah Omar,46, memberitahu mStar Online, keinginannya untuk bersara sebagai penyampai sambilan rancangan itu telah dipendamnya pada tahun lalu dan secara kebetulan telah terlaksana selepas pulang dari Mekah.
Sebenarnya sebelum pergi Haji lagi saya dah rasa nak berhenti sebab dah lama sangat saya jadi pengacara MHI. Bila pulang dari Mekah, tak sangka pula ia macam sudah tersurat.
Pada 27 Disember lalu adalah penampilan terakhir saya sebagai pengacara MHI, katanya yang telah sembilan tahun berkhidmat! di stes en televisyen itu.
Abby memberitahu, hasrat untuk meninggalkan MHI dipendamnya kerana merasakan khidmatnya sudah terlalu lama dan bimbang penonton mula bosan dengan penampilan barunya itu.
Kata Abby, kalau di congak tugasnya sebagai pengacara segmen pagi di stesen televisyen sebenarnya telah mencecah 14 tahun iaitu sembilan tahun di TV3 manakala lima tahun bergelar pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan RTM1. - mStar Online

Comments