Recommended Links

PANAS : TAHNIAH ADAM ADLI...JELAJAH SMM DI UTARA DAPAT SAMBUTAN PANAS...


Pastinya untuk bergerak ke setiap negeri memerlukan perbelanjaan yang besar..Tol, petrol, makan dan minum, penginapan dan macam-macam lagi..JadiEP cuma nak persoalkan dari mana SMM dapat peruntukan untuk menggerakkan siri jelajah mereka untuk menuntut hak kebebasan akademik?? Adakah siri jelajah ini ditaja oleh Anwar Ibrahim??


*Kenyataan media oleh Khairul Naim selaku Setiausaha Agung Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).


Rentetan daripada perhimpunan kebebasan akademik serta isu penurunan bendera Najib Razak oleh seorang Mahasiswa UPSI Adam Adli, SMM mengambil pendirian untuk mengadakan satu lagi himpunan bersama rakyat pada 31 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 bermula jam 9 malam.

Mahasiswa akan berkumpul bersama rakyat di hadapan UPSI bagi mengulangi enam tuntutan Mahasiswa iaitu mansuhkan AUKU, Akta 174 dan Akta 155, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihan raya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti kampus serta bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik. Mahasiswa masih menunggu segala tuntuan kebebasan mahasiswa tempoh hari.

Selain itu, himpunan besar-besaran ini juga diadakan bagi menuntut supaya UPSI ! menggugu rkan tuduhan ke atas pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif serta penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli yang mencetuskan kontroversi berikutan kes penurunan bendera Najib Razak baru-baru ini. Ia berikutan surat yang dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

Ancaman apa yang dimaksudkan itu tidak pasti, yang kami tahu kedua-dua pertuduhan ini adalah tidak berasas, tidak berpelembagaan, tidak sah dan jelas serta tidak masuk akal. Tindakan Adam Adli ini sebenarnya dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara yang merupakan undang-undang tertinggi dalam negara ini. UPSI sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam supaya menjalankan hak sivil beliau sebagai warganegara. Adam telah menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin universiti pada twenty-three Disember gara-gara tindakannya pada seventeen Disember yang lalu.

Mahasiswa sentiasa berdiri bersama-sama Adam Adli kerana kami percaya tindakannya adalah sah dan demokratik malah wajar dipuji kerana mempunyai pendirian supaya masyarakat memahami serta celik tentang isu sebenar yang melanda iaitu kegagalan pihak kerajaan sekarang dalam kebebasan berakademik serta kegagalan memansuhkan AUKU. Justeru, SMM menggesa supaya UPSI menggugurkan segala pertuduhan ke atas Adam Adli serta menuntut PerdanaMenteri Najib Razak membuat perubahan dalam akademik dengan memansuhkan AUKU serta memenuhi enam tuntutan Mahasiswa bagi memastikan taraf universiti sebagai tanda aras ketamadunan masyarakat terjamin.



Comments