Recommended Links

MEH TENGOK KATAK MABUK MELOMPAT!!!

Presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim menafikan kandungan satu surat layang kononnya beliau ada berbincang dengan Nurul Izzah Anwar untuk menyertai PKR semula.
Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah).
Jadi jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan lah sendiri masalah mereka, kata Datuk Zaid Ibrahim kepada The Malaysian Insider.
Zaid(gambar)ditanya berhubung dengan satu surat yang disiarkan oleh beberapa blog kononnya Nurul Izzah berbincang dengan beliau untuk membawanya pulang kepada PKR semula.
Zaid dikatakan ditawar oleh Nurul untuk bertanding di Petaling Jaya Selatan.
Surat yang ditujukan kepada ahli PKR ini mengajak ahli PKR menyekat perancangan ini.
Blog-blog termasuk laman Malaysia Today menyifatkan surat ini dari musuh politik Nurul Izzah dalam PKR.
Ia ekoran nama Nurul Izzah disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.
Menurut Zaid, apa yang difikirkan oleh beliau sekarang adalah untuk bekerja bagi memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.
Soal bertanding atau tidak tak timbul, yang penting Pakatan kena menang dalam pilihan raya umum akan datang, kata Zaid.
Zaid bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu sebelum ini menentang Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub.
Namun beliau menarik diri selepas mendakwa berlaku salah urus dalam pemiliha! n terseb ut.
Di tanya tentang perancangan dan masa depan beliau, Zaid berkata, tengoklah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Zaid juga berkata, dia hanya akan bertanding dalam pilihan raya ini jika ia menguntungkan Pakatan.
Kalau dapat kukuh dan untungkan Pakatan, saya akan bertanding, jika rugikan saya rasa tidak perlulah saya bertanding, kata Zaid lagi.
Ps: Ternyata, desas desus mengaitkan hubungan diantara Nurul Izzah dan juga Si Zaid Al - Araki ni memang wujud.

Namun persoalannya sekarang, siapa dalang disebalik penyebaran surat beracun sebelum ini? Ada yang mengaitkan perkara tersebut dengan Azmin.

Sampai sekarang, Azmin masih lagi menyepikan diri. Dan tidak syak lagi ia mungkin didalangi oleh Si Hero Berkemban tu.

Dia sedar bahawa halangan dia semakin besar selepas ini jika Si Ketua Penipu tu masuk ke penjara kelak. Dah tak de orang yang akan sokong dia dah selepas ini.

Kemungkinan besar, kerjaya dia dalam Politik juga bakal berkubur. Maka tindakan terdesak seperti menyebarkan fitnah terpaksa dilakukan untuk membunuh karier Nurul Izzah.

Tapi, nak buat macam mana ye tak. Kalau tak 'main belakang', mana mungkin dia dapat duduk kerusi Timbalan Presiden hari ni. Jelas, dia pun memang kaki categorical belakang jugak!!!

Comments