Recommended Links

HOT : TARIKH PRU13 - BUBAR PARLIMEN 15 FEB 2012, PEMBUANGAN UNDI 11 MAC 2012



Akhbar Sin Chew Jit Poh dan China Press telah meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari untuk membolehkan pilihanraya umum ke-13 diadakan pada bila-bila masa dari 1 Mac hingga 20 Mac 2012. Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh tersebut yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum.

Lebih menarik lagi apabila akhbar Sin Chew dan Nan Yang Siang Pau juga meramalkan parlimen akan dibubarkan pada fifteen Februari (Rabu) manakala proses pengundian pula pada 11 Mac 2012 (Sabtu).

Menurut akhbar tersebut, selain sumber dalaman daripada pihak polis, semua maklumat ini juga dikatakan diperolehi daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri.

EP tak pasti sejauh mana kebenaran ramalan yang dibuat oleh akhbar-akhbar cina ini, mungkin spekulasi ini dibuat semata-mata untuk melariskan jualan akhbar masing-masing kerana umum mengetahui majoriti masyarakat cina memang taksub dengan ramalan yang telah menjadi hampir sebahagian daripada kehidupan mereka.

Comments