Recommended Links

APA RAHSIA BESAR PAS???

Kenyataan Mustafa di dalam temuramah di Harakah bahawa jika Hasan dedah kelemahan Mustafa maka Mustafa akan dedah kelemahan Hasan menunjukkan masing-masing menyimpan sesuatu rahsia yang besar.
Seorang pemimpin peringkat negeri yang tidak mahu nama dan negeri beliau disebut di dalam laporan ini berkata beliau pernah bertegang leher dengan beberapa pemimpin senegeri dengan beliau berhubung pemimpin atasan PAS yang seolah-olah cenderung kepada Umno (UG).
Saya tidak setuju apabila PAS kawasan saya mencalonkan Nasharuddin untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan Muktamar PAS2011. Saya kata Nasharuddin bukanlah pemimpin yang dekat dengan ahli akar umbi dan saya kata Nasharuddin pro Umno (UG). Saya dan beberapa sahabat saya calonkan Mohamad Sabu.
Namun Yang DiPertua Kawasan dan majoriti Ahli Jawatankuasa kawasan tidak mempercayai hujah saya. Bagi saya mereka ini walaa (taat) yang keterlaluan kepada pemimpin dan tidak boleh membezakan abnormal yang berlaku di depan mata.
Kalau anda ingat ketika itu ketika Muktamar PAS 2011 semakin hampir Nasharuddin sering mendapat liputan dalam Utusan Malaysia. Ada sahaja kenyataan positif tentang beliau disiarkan dalam Utusan Malaysia.
Utusan Malaysia ketika itu seolah-olah berkempen untuk Nasharuddin. Saya kata apakah kepimpinan kawasan tidak nampak ini? Itu semua clue bahawa kepimpinan harus berfikir dua kali dan ada yang tidak kena dengan pemimpin seperti ini, kata beliau.
Beliau turut mengulas walaupun beliau berhujah atas dasar logik, akhirnya PAS kawasan tetap mencalonkan Nasharuddin kerana suara majoriti! mengata si suara minoriti.
Bagaimanapun selepas kemelut berkaitan Nasharuddin meletus minggu lepas, saya tidak melepaskan peluang ini untuk bertanya kepimpinan dalam kawasan dan negeri saya yang sebelum ini membakul sampah pendapat saya.
Hari ini mereka hanya mampu terkedu dan ada di antara mereka mengaku tersilap membuat pertimbangan sebelum ini.
Saya berharap episod Hasan dan Nasharuddin membelasah PAS secara terbuka harus diambil iktibar oleh kepimpinan PAS di peringkat negeri, kawasan dan cawangan.
Tidak semestinya menjadi pemimpin atasan mereka sentiasa betul dan kita sentiasa ikut kata mereka tanpa membuat sebarang pertimbangan menggunakan akal fikiran dan logik sendiri, tegas beliau lagi.
Ps: Maka, sudah jelas bahawa PAS ni bukan nak memperjuangkan Islam mahu joke nak menjaga kebajikan rakyat secara ikhlas.
Persoalan Semut mudah. Kenapa puak - puak Parti Angguk Saja ni susah sangat nak terima cadangan Kerajaan Perpaduan sedangkan ianya merupakan tuntutan dalam Islam?
Bukan ke diorang sibuk mendabik dada kata diorang ni memperjuangkan Islam? Tapi bab isu berkaitan dengan Perpaduan Ummah ni diorang tolak pulak. Perjuangan Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!!

Comments