Recommended Links

400 PENEROKA FELDA BAKAL MEMALUKAN ANUGAY!!!


Dalam kesibukan Si Ketua Penipu tu mengumpul orang untuk menyokong dia pada 9 Januari nanti, timbul pulak isu lain.

Dia yang pada ketika ini sedang sibuk meracuni pemikiran rakyat dengan mengatakan bahawa sistem Kehakiman Negara tidak adil bakal dimalukan oleh beberapa peneroka Felda.

Kumpulan peneroka seramai 400 orang ini katanya sedang menubuhkan Jawatankuasa bagi memfailkan saman terhadap Felda.

400 orang peneroka dari Felda Mempaga ini juga katanya telah diracuni pemikiran mereka oleh ahli - ahli PKR sendiri.
Peneroka-peneroka Felda Mempaga 1, 2 dan 3 di Bentong berikrar untuk memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan lebihan pendapatan mereka yang tidak dikembalikan oleh Felda.



Pengiraan yang terperinci telah dibuat bahawa setiap peneroka Felda disana telah kehilangan pendapatan didalam tempoh 5 tahun adalah sebanyak RM150,000.00.


Beberapa orang peneroka yang menghadiri Majlis Taklimat mengenai lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan oleh Felda menyangkal pengakuan Felda bahawa pengurusan Felda melalui ketua-ketua blok ada memberitahu peneroka-peneroka akan Penyata Kira-Kira pendapatan dan tanggungan mereka.

Sehingga kini Felda ada memberitahu mengenai hutang mereka dengan Felda tetapi tidak pernah diberitahu mengenai pendapatan mereka.

Jika dibandingkan dengan peneroka-peneroka yang tanam sendiri, elaun sara hidup yang diterima oleh peneroka-peneroka amatlah kecil, iaitu RM1500.00 sebulan berbanding dengan mereka yang tanam sendiri yang boleh berpendapatan bulanan melebihi RM5000.00 setiap bulan. Peneroka-peneroka yang tanam sendiri juga tidak dibebankan dengan sebarang hutang, manakala peneroka-peneroka yang menyerahkan ladang mereka untuk diuruskan oleh Felda memperolehi pendapatan hanya sekadar RM1500.00 sebagai elaun sara hidup yang dianggap sebagai hutang dan hutang mereka meningkat dari bulan ke bulan dan sehingga 8 tahun hutang mereka sudah joke meningkat melebihi RM90,000.00.

Jawatankuasa Bertindak yang ditubuhkan siang tadi bagi mewakili peneroka-peneroka Felda Mempaga 1, 2 dan 3 akan mengumpulkan semua peneroka-peneroka yang bakal memfailkan saman terhadap Felda dan mereka berikrar bahawa mereka akan menyelesaikan tugas itu didalam tempoh 2 minggu dan selepas itu pihak peguam akan sekali lagi turun ke Felda Mempaga dan setelah itu dokumen akan diproses untuk pemfailan saman terhadap Felda.
Kalau Si Ketua Penipu tu kata sistem Kehakiman Negara tidak adil, kenapa ahli PKR tu beria - ia suruh peneroka ni mengambil tindakan dan bawa isu tersebut ke mahkamah?

Apakah mereka tidak mendengar saranan dan desakan dari Si Ketua Penipu tu agar tidak mempercayai sistem Kehakiman negara yang tidak adil?

Jelas, tindakan peneroka Felda itu hanya akan memalukan Si Ketua Penipu itu sahaja dimana mereka masih lagi bergantung harap ! kepada m ahkamah untuk mendapatkan Keadilan.

Yang kelakarnya, Si Ketua Penipu tu sendiri masih lagi bergantung harap kepada mahkamah. Jadi, dia nak kata Mahkamah tak adil macam mana?

Nampak sangat Si Ketua Penipu ni hanya nak mempergunakan rakyat bagi kepentingan dia sendiri. Bukannya dia nak berjuang untuk orang lain!!!

Comments