Monday, July 1, 2013

BLOGGER PAKATAN MASIH MERACAU NAK JAWAP ISU YUSUF KALLA!!!


Nampak gayanya puak - puak Pencacai Pakatan Haramjadah tu masih lagi meracau - racau macam orang Gila semata - mata terkena penangan Yusuf Kalla.

Sampai terpaksa mereka mengaitkan nama orang lain untuk menegakkan benang yang sememangnya dah sedai basah tu. Tapi kalau ye pun jangan la sampai membodohkan diri.

Persoalannya, kenapa diorang beria - ia sangat nak 'cover' isu yang dibangkitkan oleh Yusuf Kalla? Sebabnya mudah. Pendedahan tu melibatkan integriti antara Pakatan.

Apa yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu jelas membelakangkan pemimpin lain dalam Pakatan. Ianya mampu menjejaskan hubungan diantara mereka.

Setakat ini, kita hanya dengar pandangan dari DAPigs. Pandangan dari PAS kita masih belum tau. Mungkin mereka dah mula mencurigai tindakan Si Ketua Penipu tu.

Jadi, pesanan SH kepada Pencacai - Pencacai Pakatan tu mudah je. Jangan la terpengaruh sangat dengan Si Ketua Penipu tu. Nama dia pun Ketua Penipu. Tak mustahil dia bila - bila masa je boleh tikam korang dari belakang!!!
Ramai yang terkejut apabila Jusuf mengambil pendekatan begitu. Banyak pihak telah memberi reaksi atas kenyataan Jusuf itu. Anwar seperti biasa belum memberi reaksi.

Kecuali Karpal Singh menyatakan isu ini boleh memberi kesan kepada Pakatan Rakyat dan menuntut Jusuf minta maaf dan menyatakan kekesalan terhadap kenyataan tersebut.

Isu yang dikemukakan! oleh Ju suf adalah isu besar dan datang dari orang besar, bekas Naib Presiden Indonesia. Kalau tidak mempunyai bukti yang cukup Jusuf tidak akan membuat kenyataan sedemikian.

Yang menariknya, Jusuf ialah sahabat peribadi Anwar sekian lama dan terlibat membuat suatu perjanjian mengenai pilihan raya antara Najib-Anwar. Dalam masa sama Jusuf mempunyai hubungan baik dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bila rakan-rakan lain membuat kenyataan kontroversial mengenai Anwar, beliau memilih untuk tidak memberi reaksi dengan harapan orang tidak percaya dan lama-kelamaan isu itu akan lenyap. Pengalaman lalu apa saja isu kontroversial yang melingkari imej Anwar, Pas jarang memberi reaksi dan DAP tidak mengambi pendirian.

Kenyataan berani Jusuf menyebut Anwar mendapat dana besar daripada pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan PRU-13 menarik perhatian Karpal Singh.

Lebih menarik lagi, kenyataan Jusuf adalah Anwar mempunyai imaginasi sangat melampau dan ego kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti kepimpinannya kalah.

Bagi Karpal Singh yang membuat desakan kepada Jusuf supaya minta maaf atas nama integriti adalah suatu hal yang pelik. Tidak mungkin Jusuf menarik balik kenyataannya seperti tidak mungkin Karpal Singh menarik balik tuduhannya terhadap Anwar "kaki-liwat" seperti yang terkandung dalam hansard Parlimen.

Sebagai orang penting Indonesia, Jusuf sudah tentu mempunyai maklumat dan pengamatan politik hasil pengalamannya dengan Anwar. Apabila Anwar mengatakan bahawa perjanjian dengan Najib itu atas inisiatif Jusuf bukannya atas permintaan Anwar di situ Jusuf mula memahami siapa Anwar sebenarnya. Anwar tidak bercakap benar.

KANTOI !!! #BLACKOUT505 !!! ANWAR IBRAHIM DIKUTUK KERANA KHIANATI PERJUANGAN ANAK MUDA !!!


Beberapa perkara menonjol pada perhimpunan Black 505 yang baru berlalu Sabtu lepas di Padang Merbok,berhampiran dengan bangunan Parlimen.Pertama perhimpunan haram yang mnerupakan kemuncak kepada beberapa siri kempen jelajah yang dianjurkn oleh Anwar Ibrahim di atas kegagalan beliau menjadi Perdana Menteri dilihat sebagai total failure atau kegagalan paling teruk baginya. Jika pada perhimpunan lain penyokong yang datang mendengar kelentong Anwar mampu mencecah jumlah yang besar sehingga 10,000 hingga 20,000 orang tapi kali ini amat mengecewakan dengan kehadiran lebih kurang 10,000 orang sahaja.Ini adalah tamparan kepada Anwar yang selama ini membohongi pengikutnya melalui strategi fitnah terhadap kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya.Ini menyebabkan reaksi pertama Anwar setelah melihat kegagalan usaha mennumbangkan kerajaan pada twenty-two June lalu ialah dengan mengatakan pembangkang kini dirundungi sindrom political fatigue atau kepenatan politik.Ini yang amat ditakutkan oleh Anwar kerana beliau kini boleh merasai bahawa penyokong-penyokong pembangkang sudah sedar mereka telah ditipu oleh pemimpin mereka sendiri. Pertama yang sudah celik mata terhadap pembohongan Anwar ialah orang-orang Cina yang hampir tidak kelihatan langsung pada perhimpunan tersebut.

Kaum inilah yang menjadi pendesak dan berjaya mengapi-apikan orang Melayu supaya keluar ke jalanan berdemonstrasi kononna untuk menolak keputusan PRU13 lalu.Mereka juga membanjiri padang-padang dan stadium-stadium sebelum ini seolah-olah memberi gambaran kepada Anwar kaum Cina tidak akan berganjak daripada sokongan mereka kepadanya. Apabila tiba hari penentu di Padang Merbok, orang-orang Ci! na kecut perut dan meninggalkan penyokong-penyokong Melayu yang benak hati dan jumud fikiran untuk berdepan dengan pasukan keselamatan.Persoalannya di mana orang-orang Cina dan mengapa mereka menarik diri pada saat-saat akhir ketika perjuangan sudah sampai pada penghujung dan keadaan menjadi getir ??? Kesedaran mereka ditipu Anwar satu hal tetapi seruan jihad yang dilaungkan oleh Husam Musa meminta 100,000 penyokong pembangkang mengorbankan nyawa untuk mencapai kemenangan telah menakutkan kaum Cina yang sebelum ini amat lantang bersuara menentang kerajaan.
Orang-prang Cina yang lebih sayangkan nyawa dan kehidupan duniawi tidak sanggup untuk bergadai nyawa demi bulletin peribadi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Penyokong-penyokong Pas juga tidak ramai kelihatan kerana sebelum ini Dewan Ulama parti itu telah mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan rusuhan jalanan yang dirancang oleh Anwar.Hanya Husam sahaja yang bertindak di luar arahan Dewan Ulama kerana beliau tergolong dalam kumpulan Anwarinas yang menjadi duri dalam daging dalam Pas dengan memperomosi bulletin bosnya. Sebab itulah Husam terpaksa mengeluarkan fatwa syahid sebagai usaha terdesak untuk mengerahkan penyokong keluar beramai-ramai pada hari Sabtu lalu tetapi malangnya apa yang dihajatnya tidak berlaku.

Mereka yang datang berhimpun di Padang Merbok dalam keadaan cuaca panas yang berjerebu pula hanya terdiri kebanyakannya daripada golongan muda dan belia Melayu yang hilang arah hidup dan tidak mengerti permainan politik pemimpin mereka. Malah ramai daripada mereka amat kecewa dan hampa kerana tidak berpeluang untuk terlibat dalam aksi bertempur dengan pihak keselamatan secara ganas. Maklumlah trompet jihad telah ditiup oleh Husam tetapi hanya sekadar bunyi bising sahaja tidak lebih daripada itu.Ada di antara golonga muda mula membuat bising dan memconteng kata-kata kesat terhadap pemimpin mereka sendiri kerana kecewa perhimpunan tersebut diadakan dalam keadaan aman dan tenteram. Mala! h segeli ntir membuat keputusan untuk bermalam di kawasan perhimpunan dengan membuat khemah untuk meneruskan perjuangan yang sia-sia itu.Harapan tinggi dengan emosi kemarahan yang meluap-luap terhadap kerajaan dan SPR oleh penyokong pembangkang akhirnya dikhianati Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Mereka yang sebelum ini berkobar-kobar untuk memboikot majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan persidangan Dewan Rakyat akhirnya terpaksa telan air liur yang mereka ludahkan ke langit. Sedang penyokong pembangkang berhempas pulas kononnya untuk menegakkan keadilan dengan menahan lapar dan dahaga serta kulit madan di sinari terik panas matahari, pemimpin-pemimpin mereka dengan senyuman dan berpakaian segak mengangkat sumpah jawatan.Sedang penyokong pembangkang berbaring di atas jalan raya yang membahang panas,Anwar dan anak Nurul Izzah,Hadi Awang,Lim Kit Siang dan anak Guan Eng, serta Karpal Singh dan anak Gobind bersenang lenang dalam dewan yang nyaman dan sejuk serta menikmati makanan dan minuman yang enak dan lazat bersama pemimpin-pemimpin kerajaan.Hakikatnya Anwar telah kencing atas kepercayaan dan keyakinan penyokong-penyokongnya yang begitu taksub dan fanatik terhadapnya.Pemimpin agung yang selama ini mereka puja dan sanjung rupa-rupa hanyalah seorang pelakon politik munafik yang licik dan berjaya mengaburi mata mereka yang terlalu sayangkan kepada beliau.

RENUNG-RENUNGKAN

AZMIN TIBAI KHALID GAGAP PASAL ISU BELANJAWAN TAMBAHAN!!!


Huh! Nampak gayanya kemelut perebutan kuasa diantara Si Azmin dengan Si Khalid Gagap ni masih belum selesai lagi rupanya. Kita ingatkan dah tak de masalah dah.

Kalau sebelum ini, Si Azmin tu dengan lantang mempersoalkan perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan menyifatkannya sebagai amalan Kronisme.

Tapi, akhirnya Si Azmin tu terpaksa juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu dan membiarkan Khalid kekal menjadi MB.

Namun, itu bukanlah sebab untuk membuatkan Si Azmin tu terus duduk diam dan tidak bersuara lansung. Dia akan guna segala kesempatan yang ada untuk menyusahkan Khalid.

Jika sebelum ini, isu perlantikan Si Siputdin Muka Bulan tu sebagai 'Hantu' dengan gaji sebanyak RM 15ribu sebuan dijadikan persoalan.

Kali ini, isu mengenai pembentangan bajet tambahan pula dijadikan alasan oleh Azmin untuk terus mengkritik pentadbiran Khalid secara terang - terangan.
ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali menegur kerajaan negeri yang menurutnya akan membentangkan belanjawan tambahan berjumlah RM761 juta dalam sidang DUN kali ini.
Katanya, kerajaan negeri tidak sepatutnya membentangkan belanjawan tambahan itu, kecuali berlakunya krisis ekonomi atau malapetaka besar sehingga menyebabkan unjuran asal tersasar dan menuntut kerajaan menyediakan perbelanjaan luar jangka.

Belanjawan tambahan itu antara lainnya melibatkan RM165 juta untuk ! menampun g bayaran Program Air Percuma, pemberian pinjaman berjumlah RM 413 juta untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), kata Azmin.

"Jika disemak rekod selama lima tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor, mulai 2008 sehingga 2012, peruntukan perbekalan tambahan yang diminta pastinya dibentangkan lebih daripada satu kali setiap penggal. Malah pada mesyuarat bagi penggal ketiga, peruntukan perbekalan tambahan dibentangkan sehingga tiga kali.

"Teguran saya ini adalah untuk mengelakkan daripada rakyat membina persepsi dan berpandangan bahawa kerajaan negeri tidak dapat merancang penggunaan wang Negeri dengan bertanggungjawab dan pengurusan kewangan yang jujur.

"Apatah lagi, ini adalah mesyuarat pertama penggal pertama persidangan Dewan Undangan Negeri," katanya sewaktu menyampaikan ucapan membahas titah ucapan diraja hari ini.
Persoalannya, adakah ini yang mereka kata mereka mampu untuk mentadbir Negara dalam keadaan yang aman dan damai? Sesama diorang pun masih bertelagah sesama sendiri.

Itu bukand ari parti yang berbeza, tetapi dikalangan pemimpin parti sendiri. Pun masih wujud perasaan hasad, dengki dan iri hati. Mujur jugak la diorang tak berjaya merampas Putrajaya. Kalau tidak, alamat jahanam la jawabnya!!!